Modul 5: Analisa
Jumlah video : 5
Jumlah video : 5
Video ini tentang jenis-jenis ralat (error) yang biasa berlaku dalam Google Sheets seperti #DIV/0! (pembahagian dengan sifar), #VALUE! (jenis data tidak sesuai), #REF! (rujukan sel tidak sah), dan lain-lain. Untuk menguruskan ralat ini, fungsi IFERROR() digunakan bagi menggantikan mesej ralat dengan nilai atau mesej tersuai.
Mengajar skill penggunaan fungsi logik dan operator matematik dalam Google Sheets. Fungsi AND() digunakan untuk menyemak sama ada semua syarat adalah benar, manakala OR() menyemak jika sekurang-kurangnya satu syarat benar. Kedua-dua fungsi ini sering digunakan bersama IF() untuk membuat keputusan berdasarkan syarat berganda. Operator * digunakan untuk darab, dan + untuk tambah nilai antara sel atau nombor.
Menerangkan fungsi bersyarat dalam Google Sheets yang digunakan untuk menjumlahkan atau mengira data berdasarkan kriteria tertentu.
Topik 5.4 Function - SORT(), FILTER() menerangkan dua fungsi penting dalam Google Sheets untuk mengurus dan menapis data secara dinamik.
Fungsi QUERY() dalam Google Sheets yang sangat powerfull untuk menapis, menyusun, dan menganalisis data menggunakan sintaks seperti bahasa SQL. Fungsi ini membolehkan anda memilih baris atau lajur tertentu, menetapkan syarat (seperti WHERE), mengira jumlah (SUM), dan menyusun data (ORDER BY) dengan lebih fleksibel.